Thursday, March 11, 2010

Kepentingan Asid Folic

Rahsia Khasiat Asid Folik (Ibu Mengandung Wajib Baca)
Sedikit maklumat untuk ibu mengandung, info ini saya copy dari beberapa blog untuk maklumat pembaca dan maklumat saya sendiri. pengalaman gugur 2 bulan membuatkan saya ingin lebih mengerti dan memahami kepentingan asid folic untuk ibu mengandung.

Semoga maklumat yang saya dapat ni dapat memberikan sedikit sebanyak input berguna pada kita semua. 
Rahsia Khasiat Asid Folik

Bagi ibu-ibu yang mengandung, amalkan pemakanan yang sehat yang sihat sangat perlu dititikberatkan, pemakan yang betul boleh memberikan kesihatan kepada tubuh badan dan kesihatan bayi didalam kandungan.
Antara perkara yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh seoragng ibu mengandung ialah  Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..


Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.
Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung.
Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.
Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..
Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.
Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.
Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.
Sumber-sumber Asid Folik
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Risiko kekurangan Asid Folik
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.
Kesimpulan
Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.

No comments: