Monday, March 29, 2010

Dapat Award???


4.30ptg. ( 20.03.2010)
fuhh...(tarik nafas panjang) baru sempat duduk dpn pc buka blog jap..buat milo tabur ngan biskut 3 keping..sementara nak tunggu 5.30 nak balik, maklumlah dari pagi tak sempat nak bernafas lagi..(yok-yok jer...)
sempat gak la blogwalking jap,update sesikit bisnes kakak aku ni, maklumlah  pagi tadi dah jadi penyanyi koir ( leh la try AF plak nanti...vocal dah blajar..lontaran suara pun dah blaja..~weks.) sebenarnya harini sultan dtg opis aku utk rasmikan pejabat baru ( walaupun dh hampir 2 thun opis ni dh b'operasi..) majlis pun dah settle dgn jayanya dgn bantuan penyanyi2 koir yg lunak dan merdu (sultan senyum tuuu masa dengar suara aku yg sayup2 merdu tuuu) citer pasal sultan je ni kang sebulan pun citer tak abesss.... berbalik pada motif utama entry ni...
rasanya x sampai 2 bulan aku buka blog ni, rasa terharu bila ada fwenblog starsyeea bagi award..(memula tak paham award ni..) lama2 baru paham daaaaaa...
tq cyang..awak mmg baik..awak mmg cantek..awak mmg .....(segalanya yg baik la....)
sebelum nak besukaria ngan award ni...kena la ikut syarat2 sebelum nak b'bangga memiliki BEAUTIFUL BLOGGER AWARD ni...

rulesnye as stated below....

1- Thank & link the person that gave you the award. puji sesikit la..(hehe3)

2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

3- Contact said blogs and let them know they've won the award.

4- State 7 thing about yourself.

- syg org yang ada disekelilingnya.
- dh jadi isteri kpd Dato' Abdul Syukur bin Daud pd 08.08.08 (konon je dato' tu..)
- pernah keguguran (2 bulan) sehari sebelum raya haji
- aku ni tak suka marah tapi klu dh stat marah lmbt sket dah ok balik..
- kat rumah suker bercakap dan trus becakap (bukan membebel yeee...)
- risau klu boyfriend aku demam (kereta kesygan aku tu ler..)
- dulu brutal, pas kawen tetiba lembut plak...


15 pilihan yang layak menerima award ni..

1. Kak Yanti
13. AUR

senarai nama kat atas nama fwenblog yg sudi jadi follower dan sudi buka blog aku yg tak seberapa ni. apa pun tahniah dan selamat melantik bloger yg len. 
..salamz..

Friday, March 19, 2010

BEDUNG BAYI

Selimut Bayi @ Bedung Bayi
Diperbuat dari kain kapas, lembut dan sejuk untuk dipakai.


PILIHAN_PILIHAN YANG LAIN

~LovelyPinkey~
 SOLD OUT 
~CartoonGreen~
 SOLD OUT 
~
~Colourfull ~

~FlowerPink~

~PurpleNice~

~
~Greenise~
 SOLD OUT 
~
~Lola~

Thursday, March 18, 2010

BANTAL BAYI

Bantal Kanak-Kanak

 Bantal Kanak-kanak
 Tanpa Sarung = RM 12.00
* sarung bantal dijual berasingan
 Sarung Ropol = RM6.00
 Sarung Tanpa Ropol = RM4.00

SARUNG-SARUNG LAIN YANG ADA.. 
( kebanyakan pilihan di bawah sudah habis dijual.hubungi pihak syarikat untuk makluman lanjut)
SOLD OUT
SOLD OUT
SOLD OUT

Wednesday, March 17, 2010

RAHSIA BANTAL ANDA

1) Memeluk Bantal  
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh memb aca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. 

2) Menggunakan Banyak Bantal
  Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.  

3) Tidur Dengan Satu Bantal 
   Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.



 

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
  Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

  5) Tidur tanpa Bantal
   Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

  6) Tidak punya bantal 
Kasihannya dia... belilah satu, bukanya mahal pun..!! 

Thursday, March 11, 2010

Kiraan Kesuburan

ada sape2 yang nak tahu tarikh kesuburannya...
saya jln2 tadi nampak cara2 nak tahu kasuburan kita...
senang kalau nak 'setting' paper nanti..hehehe
jom cuba....
klik sini -----> KIRAAN KESUBURAN
selamat berjaya

Makanan Tambahan Bagi Ibu Mengandung


Vitamin dan mineral sangat penting untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusu, sedikit info untuk anda semua.


 Protein
o Untuk pertumbuhan sel-sel janin.
o Membantu air susu yang berkualiti.
Kalsium dan Magnesium
o Penting untuk pembentukan tulang dan gigi pada bayi.
o Terlibat dalam pembentukan susu ibu.
o Meransang kontraksi pada saat melahirkan.
o Mencegah osteoporosis.
Tulang dan gigi bayi dibentuk dengan kalsium. Kalau ibu hamil kekurangan kalsium, maka janin akan mengambil kalsium dari tulang ibu. Hal ini menyebabkan wanita yang pernah hamil lebih mudah terkena osteoporosis.

Vitamin B complex
o Penting untuk pembentukan sel genetik.
o Mencegah anemia.

Omega 3
Omega 3 baik untuk ibu hamil, terutama kehamilan 4-6 bulan, kerana DHA yang baik untuk pertumbuhan sel otak janin yang dikandungnya. DHA merupakan komponen yang menyusun lebih dari 60% lemak otak dan sistem saraf pusat.

Zat besi dan Asam folat
o Mencegah terjadinya cacat saraf pada bayi.
o Produksi sel-sel darah merah.
o Pembentukan organ tubuh janin saat kehamilan dan masa menyusui.

Vitamin A
Berdasarkan penelitian, bila wanita yang sedang hamil mempunyai vitamin A dengan pengambilan lebih dari 50.000 IU selama beberapa bulan, bayi yang dilahirkan ternyata berisiko tinggi terkena cacat pada jaringan saraf.

Beta karotin
Beta karotin adalah bentuk awal vitamin A atau retinal. Tubuh manusia memiliki kemampuan untuk mengubah beta karotin menjadi vitamin A apabila diperlukan. Tidak seperti vitamin A, beta karotin memiliki kemampuan sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel tubuh dari kerosakan kerana radikal bebas. Selain itu, vitamin A cenderung beracun jika di ambil dalam jumlah berlebihan, sebaliknya tidak untuk beta karotin.
belum pernah terjadi sebarang keracunan jika anda terlebih mengambil beta karotin. Namun ia perlu dikawal bagi ibu mengandung supaya pengambilannya tidak berlebihan.

Buah Kurma Untuk ibu Mengandung

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, selain kita memakan asid folik, vitamin B dan makanan tambahan untuk pembesaran dan pertumbuhan bayi,  sebenarnya dalam sedar dan tak sedar sebenarnya ada satu buah yang besar khasiatnya untuk diri kita dan untuk kandungan kita yang mungkin kita terlepas pandang.

Sambil jalan-jalan dalam blog tadi saya terjumpa kepentingan Buah Kurma yang sangat besar dan banyak khasitnya untuk kita amalkan seharian. dengan info tersebut diharap saya dan anda mendapat sedikit ilmu pengetahuan tentang kepentingan buah kurma ini.

" KURMA ''
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.

   KHASIAT KURMA
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
 
KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering %
Gula Lebih 50
Protein Lebih 2
Lemak Lebih 2
Sumber Mineral Lebih 2
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.

Kepentingan Asid Folic

Rahsia Khasiat Asid Folik (Ibu Mengandung Wajib Baca)
Sedikit maklumat untuk ibu mengandung, info ini saya copy dari beberapa blog untuk maklumat pembaca dan maklumat saya sendiri. pengalaman gugur 2 bulan membuatkan saya ingin lebih mengerti dan memahami kepentingan asid folic untuk ibu mengandung.

Semoga maklumat yang saya dapat ni dapat memberikan sedikit sebanyak input berguna pada kita semua. 
Rahsia Khasiat Asid Folik

Bagi ibu-ibu yang mengandung, amalkan pemakanan yang sehat yang sihat sangat perlu dititikberatkan, pemakan yang betul boleh memberikan kesihatan kepada tubuh badan dan kesihatan bayi didalam kandungan.
Antara perkara yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh seoragng ibu mengandung ialah  Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..


Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.
Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung.
Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.
Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..
Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.
Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.
Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.
Sumber-sumber Asid Folik
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Risiko kekurangan Asid Folik
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.
Kesimpulan
Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.