Friday, February 19, 2010

SET TILAM BAYI

Tilam Bayi ini direka khas menggunakan kain kapas sepenuhnya dan 100% kekabu asli. set tilam bayi ini terdiri daripada satu tilam bersaiz 28 x 36 inci beserta sebiji bantal dan dua biji bantal golek. Cantik dipandang, set tilam bayi ini boleh didapati dengan pelbagai warna dan corak. Tempahan lebih awal adalah digalakkan mengikut citarasa dan terma warna yang dipilih.
Model: Baby Safizatul Syifa Binti Safizul
 
( klik gambar untuk gambar lebih besar )
  Set Tilam Bayi Tanpa Sarung   
( 1 Tilam, 1 Bantal, 2 Golek , warna = mengikut kesukaan)


( klik gambar untuk gambar lebih besar )
  Set Tilam Bayi Bersarung (Renda) 
( 1 Tilam, 1 Bantal, 2 Golek , warna = mengikut kesukaan)


TUNGKU BAYI

Sesuai untuk bayi baru lahir.
Mampu mengatasi masalah kembung, batuk, selsema atau ‘angin pasang’.

Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.

Cara penggunaan
Bahan utama iaitu jintan hitam @ habatus sauda dan lada hitam, tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan. Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.

Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

Harga Pasaran : RM10.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
kos penghantaran : RM6.00 

Thursday, February 11, 2010

CARA BUAT BANTAL KEKABU

( klik gambar untuk gambar lebih besar )
Bantal kekabu dari INFANTIA HOUSE 100% dijahit dan dihasilkan sendiri dengan menggunakan 10 tenaga kerja.Bantal kekabu diperbuat daripada kekabu asli yang berasal dari pokok kekabu.berikut serba sedikit cerita tentang cara memasukkan kekabu ke dalam sarung untuk menjadikan sebuah bantal yang empuk lagi sedap digunakan.
langkah 1. kekabu diasingkan biji dan dijemur dibawah sinaran matahari yang terik.
langkah 2. kekabu akan dileraikan untuk mengelakkan kekabu berketul-ketul didalam sarungnya nanti.
langkah 3. kekabu dimasukkan ke dalam sarung bantal.
langkah 4. kekabu ditekan dan dimampatkan.
langkah 5. sarung bantal yang telah diisi di jahit dengan kemas dan diketuk bersama sebatang kayu untuk memampatkan kekabu ke seluruh ruang sarung bantal tersebut.
langkah 6. maka siaplah satu bantal yang empuk. cuba satu pasti nak lagi..
petua: untuk membuat bantal kita empuk dan dan sentiasa "gemuk" (seperti didalam gambar 6) . bantal perlulah dijemur dibawah sinaran minyak tanah (eh silap!!) dibawah sinaran matahari yang terik. pasti tidur anda akan berbeza dari hari-hari sebelumnya... selamat mencuba!!!