Thursday, October 23, 2014

Amalan Menuam Bayi

TERBUKTI!!! 
Ambil Masa 5 minit sahaja untuk membuat bayi anda selesa dan Sihat!!!!!
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT"
http://infantiahouse.blogspot.com/2011/04/tungku-bayi-pelbagai-warna.html
    Amalan Menuam Bayi    
Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Tuam bayi sangat penting untuk keselesaan bayi yang baru lahit. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit  adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan ciptaan tungku moden, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.
Kini, pelabagai tuam bayi telah banyak dicipta untuk memudahkan dan mempercepatkan para ibu untuk mengekalkan keselesaan bayi. antaranya tungku bayi ini.

Cara penggunaan

Bahan utama iaitu jintan hitam @ habatus sauda dan lada hitam, tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan. Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit (bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.

Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang Selepas Bersalin

Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.

 Dari segi perubatan moden,
Tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu atau 44 hari dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta adat resam individu.
Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya memfokuskan daripada segi sajian makanan serta minuman sahaja. Malahan ianya turut merangkumi hubungn kelamin, aktiviti harian seperti amalan mandi atau amalan berurut. Pada kebiasaannya, adalah tidak menggalakkan hubungan kelamin pada tempoh masa tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut telah suci dan kering dari darah nifas ( darah yang keluar selepas melahirkan).

Daripada segi tempoh perubatan pula tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episitomi atau jahitan pembedahan (Caesarean) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain daripada itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya akan mengambil masa yang agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

Manakala daripada segi kesihatan pula, darah nifas sebenarnya mengandungi bacteria dan juga lendiran daripada lapisan dinding rahim system peranakan. Keadaan anatomi salur kencing dan salur dubur yang berdekatan dengan salur faraj menyebabkan berkemungkinan jangkitan kuman mudah dihadapi. Luka jahitan episitomi juga mugkin boleh terbuka atau koyak jika berlaku tukusan semasa hubungan kelamin tersebut.

Jika dilihat dari segi aspek pemakanan, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran ‘sejuk’seperti kangkung serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah ‘gatal’ seperti ikan kembung. Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan’disalurkan’ melalui susu ibu kepada bayi tersebut.

Kebanyakan kaum wanita, khususnya kaum melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara tiga hingga lima gelas sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas juga penyusuan ibu.

  Kebaikan berpantang  

Walaupun dilihat sebagai melalui suatu tempoh yang memeritkan, tetapi ia memberikan kebaikan jangkamasa panjang kepada si ibu dan juga untuk anak yang dilahirkan.

Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.

Monday, March 12, 2012

Giant Seksyen 13, Shah Alam

Dengan Sukacitanya, ahkak nak umumkan bermula 13 Mac 2012, ahkak akan buka gerai kat Giant, Seksyen 13, Shah Alam.. kelasssss kau maria!!

Kedainya berdekatan dengan pintu keluar. Dijemput datang beramai-ramai dan singgah le ke gerai ahkak ye....

Harga mesti la besstttt ... kerana....

ahkak yg buat, ahkak yang jual.....
dah tentu la ahkak bagi harga baeeekkkk punye....

"tak kan ada kat mana-mana... gitu"