Thursday, October 23, 2014

Amalan Menuam Bayi

TERBUKTI!!! 
Ambil Masa 5 minit sahaja untuk membuat bayi anda selesa dan Sihat!!!!!
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT"
http://infantiahouse.blogspot.com/2011/04/tungku-bayi-pelbagai-warna.html
    Amalan Menuam Bayi    
Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Tuam bayi sangat penting untuk keselesaan bayi yang baru lahit. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit  adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan ciptaan tungku moden, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.
Kini, pelabagai tuam bayi telah banyak dicipta untuk memudahkan dan mempercepatkan para ibu untuk mengekalkan keselesaan bayi. antaranya tungku bayi ini.

Cara penggunaan

Bahan utama iaitu jintan hitam @ habatus sauda dan lada hitam, tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan. Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit (bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.

Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

No comments: