Friday, February 19, 2010

TUNGKU BAYI

Sesuai untuk bayi baru lahir.
Mampu mengatasi masalah kembung, batuk, selsema atau ‘angin pasang’.

Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.

Cara penggunaan
Bahan utama iaitu jintan hitam @ habatus sauda dan lada hitam, tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan. Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.

Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

Harga Pasaran : RM10.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
kos penghantaran : RM6.00 

1 comment:

Chenta Eyfa Latieyfa said...

tungku baby ni mmg gna kain putih ek.kalau nak yg kain kaler2 xleh ke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...